EzBiz SSM – Online Business Registration, Renewal, Amend, and Closure

Pendaftaran SSM Secara Online di Malaysia

Pendaftaran SSM

Langkah-langkah untuk mendaftar perniagaan persendirian atau perkongsian.
  1. Pelanggan dikehendaki mengisi borang pendaftaran.
  2. Muat naik dokumen yang diperlukan.
  3. Buat bayaran,
  4. Selepas membuat pembayaran, kakitangan kami akan menghubungi pelanggan melalui WhatsApp dalam masa 24 jam.
Jika pelanggan adalah kali pertama mendaftar akaun EzBiz SSM,
  1. Kakitangan kami akan meminta pelanggan memilih tarikh dan masa temu janji panggilan video dengan pegawai SSM untuk proses pengesahan.
  2. Selepas pengesahan selesai, pelanggan perlu menunggu selama 1-2 hari untuk proses pendaftaran selesai. Kakitangan yang bertugas boleh menghubungi pelanggan semula sekiranya terdapat maklumat dalam borang yang memerlukan penjelasan lanjut atau perlu dikemaskini atau sebagainya.
  3. Sijil SSM yang diluluskan akan dihantar ke e-mel pelanggan dalam format PDF.
Jika pelanggan sudah ada akaun EzBiz,
  1. Kakitangan yang bertugas akan memaklumkan kepada pelanggan untuk menyemak peti masuk untuk mendapatkan ID pengguna dan kata laluan sementara yang telah dihantar oleh sistem SSM.
  2. ID pengguna dan kata laluan sementara perlu diberikan kepada kakitangan yang bertugas untuk meneruskan proses pendaftaran seterusnya.
  3. Pelanggan perlu menunggu selama 1-2 Hari untuk proses pendaftaran selesai. Kakitangan yang bertugas boleh menghubungi pelanggan semula sekiranya terdapat maklumat dalam borang yang memerlukan penjelasan lanjut atau perlu dikemaskini atau sebagainya.
  4. Masa kelulusan kebanyakannya bergantung pada maklumat yang diberikan dalam borang permohonan.
  5. Sijil SSM yang diluluskan akan dihantar ke e-mel pelanggan dalam format PDF.
  6. Borang permohonan ini HANYA untuk Milikan Tunggal dan Perkongsian. Syarikat SDN. BHD, PLT TIDAK DIBENARKAN memohon menggunakan borang ini.

Pendaftaran SSM

Harga Kemungkiran:

RM150.00RM570.00

RM150.00RM570.00